Maafkanlah diri ku ini…
Resah ini…
Mengaburi bilakan kita bertemu lagi
Resah ini…
Menghancuri kasihku
Resah ini…
Menghantui jiwa meronta kasih
Andai ku rayu pada mu
pulanglah kekasihku…
Namun jurang antara kita
masih tidak terhingga…
Mengejar cita-cita dan impian berbeza
Mungkin daku yang bersalah
Maafkanlah dosa daku…
Andai ku janji padamu
tiada yang lain bagi ku
mungkin dakulah yang bersalah
Maafkanlah dosa daku
Namun disebalik segalanya yang berlaku aku tetap menyayangimu…
Maafkanlah diri ku ini…
September 13th, 2006 at 11:04 am
Sampaikanlah salam cintaku padanya,
Walaupun terluka namun kumasih rindu,
Kerana cintaku, tiada akhirnya
Walaupun kau telah menghancurkannya…
Sampaikanlah salam cintaku padanya,
Walaupun sengsara namunku masih sayang
Kerana cintaku mewangi dan harum
Walau tercampak di mana jua
Andaiku tiada, andaiku pejam mata.
Biarku abadi, cinta yang setia ini.
Biarpun kau jauh, sambutlah salamku.
Kerana aku masih menyayangimu,
Tidak pernah aku membenci dirimu.